Momen menyentuh hati melibatkan ibu kepada Syed Saddiq dan Bella Astillah baru-baru ini berjaya mencuri perhatian ramai.
Menerusi satu perkongsian, ibu kepada Ahli Parlimen Muar itu dilihat tidak dapat menahan sebak selepas menerima sekeping kad istimewa yang ditulis tangan sendiri oleh Bella Astillah.
Teruskan MembacaApa yang lebih menyentuh hati, beliau turut berkata kad tersebut akan disimpan sehingga ke akhir hayat sebagai tanda penghargaan terhadap keikhlasan Bella.
Perkongsian itu membuatkan ramai netizen tersentuh melihat hubungan baik Bella bersama keluarga Syed Saddiq. Rata-rata memuji sikap penyanyi dan pelakon itu yang disifatkan sangat menghormati serta pandai mengambil hati orang tua.
Dalam masa sama, ramai juga mendoakan agar hubungan akrab antara Bella dan Syed Saddiq terus berada dalam keadaan baik meskipun kedua-duanya sebelum ini sering menjadi perhatian netizen di media sosial.
















