SELEPAS hampir 10 bulan tidak melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti promosi, ahli kumpulan korean pop (K-Pop), Riize, Seunghan mengumumkan penarikan dirinya dari kumpulan terbabit.
Seunghan, atau nama sebenarnya Hong Seung-han, 21, memilih untuk meninggalkan Riize dua hari selepas mengumumkan penglibatan semula dirinya dalam kumpulan terbabit.
Teruskan MembacaPenyanyi vokal kumpulan yang terkenal dengan lagu Get A Guitar tersebut memilih untuk meninggalkan kumpulan tersebut selepas menerima kecaman hebat dari warganet Korea Selatan yang tidak bersetuju dengan kembalinya dia dari kumpulan tersebut.
Ini kerana Seunghan terpalit dengan kontroversi gambar tular yang memaparkan dia bersama bekas teman wanitanya, namun gambar tersebut merupakan gambar lama pada zaman predebut (sebelum menjadi penyanyi).
Meskipun sudah menejelaskan perkara terbabit, rata-rata warganet tidak dapat menerima perkara tersebut hingga dia menerima tekanan dari orang ramai untuk keluar dari kumpulan tersebut.
Hal tersebut menjadi semakin keterlaluan sehingga peminat memilih untuk menghantarkan karangan bunga yang digunakan untuk pengebumian (death wreath) di hadapan bangunan rekod label Riize, SM Entertainment.
Lebih menyedihkan, peminat yang menghantar death wreath tersebut turut memilih untuk menari di hadapan lambakan jambangan bunga tersebut seolah-olah tidak mempedulikan perasaan penyanyi tersebut.
Namun, buli dan tekanan bukanlah jalan penyelesaian. Warganet Korea Selatan perlulah lebih peka dan berempati dalam menangani isu-isu peribadi selebriti.
Ia kerana setiap individu berhak mendapat ruang untuk memperbaiki diri dan memulakan semula kerjaya kesenian mereka tanpa dihakimi. — KL Viral
Baca juga: