Oleh: Haikal Tajuddin
SETELAH digemparkan dengan isu penceraian antra Fazura dan Fattah Amin, masyarakat sekali lagi disajikan dengan satu lagi kes penceraian yang melibatkan selebriti, Datuk Fazley Yaakob, yang sudah mendirikan rumah tangga selama 18 tahun.
Teruskan MembacaPenyanyi dan cef selebriti yang berusia 46 tahun tersebut dikatakan sah bercerai bersama isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz, yang kini juga sedang berada dalam tempoh idah.
“Saya sendiri telah memfailkan kes penceraian tersebut beberapa bulan yang lalu dan ia juga pun sudah mencapai tempoh iddah,” jelasnya.
Namun begitu, bapa kepada empat cahaya ini masih tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga anaknya bersama.
“Hubungan saya bersama bekas isteri masih kekal bersama seperti waktu kami mula-mula berkenalan dahulu.
“Empat-empat anak kami kini juga sudah dibawah jagaan bersama. Semoga penjelasan ini tidak mendatang kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” jelasnya.
Rentetan daripada perkara tersebut, ia secara tidak langsung menimbulkan kegusaran dalam kalangan warganet sehingga mendakwa penceraian yang oleh kumpulan artis itu sebagai ‘satu cabutan’.
“Oktober ini bulan perceraian satu Malaysia ke,” soal Rikishi selepas mengetahui kes penceraian yang diumumkan oleh Fazley menerusi aplikasi X.
“Adakah ada pertandingan perceraian zaman sekarang ini?,” balas Jdcouple.
Rata-rata warganet juga turut mendakwa, kes penceraian pada bulan ini tidak terhenti disini, malah semakin banyak yang bakal menelusuri dalam beberapa hari. — KL Viral
Baca juga: