Polis mengesahkan menerima laporan daripada pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew yang mendakwa dirinya difitnah dalam sebuah video tular di media sosial yang bertajuk ‘The Mondy Tattoo Interview’.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, laporan itu diterimanya daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun pada pukul 2.17 pagi tadi.
Teruskan MembacaKatanya, mangsa mendakwa dirinya telah difitnah oleh individu yang bernama ‘Mondy’ dalam video berdurasi 27 minit 56 saat yang dimuat naik di media sosial, Jumaat lalu.
“Laporan polis tersebut telah dikategorikan ROR atau RLR (Refer to Other Report/Rujuk Laporan Lain) dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,”.
Jelas Mohd Fairus, jika didapati terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang, pihak polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Terdahulu, Ebit Lew dalam hantaran di media sosialnya memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat selepas mendakwa dirinya dirinya difitnah secara melampau, baru-baru ini.
Ebit Lew menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan, laporan tersebut baru sahaja dibuat setelah tiba dari Jeddah, Arab Saudi sekitar pada pukul 12 tengah malam tadi.