Terkini

Hisap rokok sambil tuang petrol, tindakan merbahaya pemandu bas undang kebimbangan masyarakat

IBARAT mencurahkan air ke daun keladi, itulah perumpamaan yang boleh dikatakan kepada tindakan individu yang merokok sambil mengisi petrol.

Video insiden yang mengundang bahaya tersebut telah tular di media sosial dengan tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu bas.

Video yang berdurasi 45 saat itu memaparkan seorang pemandu bas yang sedang mengisi petrol sambil menghisap rokok sepanjang proses pengisian minyak berlaku hingga selesai.

Dalam masa sama, pemandu bas tersebut dipercayai telah membuang puntung rokok tersebut secara merata-rata.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan tindakan yang tida wajar ditunjukkan oleh pemandu bas tersebut.

“Ajar dia mengucap, nampak macam tak sabar nak meninggalkan dunia ini dengan lebih cepat tu,” kata Luqman Hasif.

“Walaupun diesel susah terbakar, perbuatan dia merokok tu dalam kawasan stesen minyak dan dekat sangat dengan pam petrol tu. Undang bahaya tu,” kata Ikmal.

“Selalunya kalau warga emas mesti degil macam ni, tak boleh nak tegur langsung,” kata Naira.

“Buang kerja je terus, sebab kalau tahan lagi nanti dia buat lagi so tangkap dia and bagi dia pengajaran berkenaan itu,” kata Boogie.

Pelbagai

Scroll to Top