PELAKON, Amelia Henderson menjelaskan bahawa dirinya dan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid hanyalah kawan biasa.
Amelia mengakui dirinya merasa serba salah setelah namanya dikaitkan dengan Aazief selepas bertemu pertama kali di konsert Siti Nurhaliza Love Is In The Sky di Genting Highlands baru-baru ini.
Teruskan MembacaAmelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson, 28, kini terkenal dengan rancangan podcast Studio Sembang di laman YouTube menyatakan dirinya berkawan baik dengan kakak ipar Aazief yang juga seorang pelakon, Izara Aishah.
“Saya dan Izara memang berkawan baik dan dia yang mengajak saya menonton konsert Datuk Siti di Genting Highlands.
“Pada hari itu saya ditemani adik lelaki dan seorang rakan perniagaan,” katanya, lapor Harian Metro.
Amelia turut menyatakan ia hanya sebuah kebetulan dirinya duduk bersebelahan dengan Aazief hinggakan wajah mereka tular menerusi video yang dimuat naik oleh kakak ipar Aazief, Tya Ariffin.
Dia turut berkata dirinya berasa kasihan kepada Aazief kerana dia merupakan seorang lelaki yang baik, di samping tidak menyangka muncul spekulasi mengenai hubungan mereka.
Dalam pada itu, Amelia juga menyeru orang ramai untuk tidak membuat andaian tanpa bukti yang kukuh hanya kerana melihat mereka duduk bersama dalam konsert tersebut. — KL Viral
Baca juga: