WARGAMAYA digemparkan dengan kematian seorang gadis yang merupakan penjual goreng pisang ditemui mati dalam keadaan terikat dan tidak berbaju di Sumatera Barat, Indonesia pada Selasa.
Satu video tular di media sosial memaparkan saat-saat terakhir gadis itu menjual goreng pisang sebelum ditemui tidak bernyawa.
Teruskan MembacaVideo tular berdurasi 20 saat tersebut turut menunjukkan gadis itu memakai pakaian berwarna hitam sambil meletakkan bakul merah di atas kepalanya yang berisi pisang goreng bersama payung berwarna hijau.
Menerusi akaun X milik @creepy_room_, menyatakan bahawa 6 September lalu, Nia keluar dari rumahnya pada pukul 4 petang untuk menjual pisang goreng dan sepatutnya pulang pada pukul 6 petang.
Namun, sehingga pukul 8 malam Nia didapati masih tidak pulang ke rumah dan keluarga mangsa mula berasa risau lalu terus membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan.
Setelah pencarian intensif oleh pihak berkuasa selama tiga hari dilakukan, mayat mangsa akhirnya ditemui pada 8 September sekitar pukul 3 petang dengan jarak 1.5 kilometer (km) dari rumahnya.
Perkara ini sememangnya menimbulkan perasaan simpati oleh warganet terutama pengguna aplikasi X bukan sahaja di Indonesia malah di seluruh dunia iaitu Malaysia.
“Terkutuk sangat pelakunya. Semoga cepat tertangkap dan mendapat hukuman yang setimpal,” komen blessinmind.
“Allah tidak terbayang seksa dia macam mana. Jual makanan goreng nak tolong keluarga, akhirnya kena seksa macam itu. Kejam gila,” kata Lamrafffff.
“Baca berita dari negara mereka sendiri, rakyat mereka pun kata negara mereka macam negara India sebab hampir setiap hari ada berita rogol dan bunuh,” komen Charmanderjinie. — KL Viral
Baca juga: