LANGGAR lampu isyarat merah sudah menjadi kesalahan utama namun, masih lagi terdapat individu yang tidak mengambil sebarang iktibar sehingga mengundang kepada kemalangan yang mampu meragut nyawa.
Satu video tular di aplikasi X, yang memaparkan seorang penunggang motosikal telah dilanggar dari arah bertentangan sewaktu menggunakan jalan raya di Semarak, Kuala Lumpur, semalam.
Teruskan MembacaMenerusi video yang berdurasi 44 saat itu, penunggang motosikal berkenaan difahamkan telah membawa motosikal dengan had laju melampau untuk melanggar lampu isyarat.
Disebalik perasaan simpati, warga maya rata-ratanya lebih menyalahkan penunggang motosikal itu kerana mengambil tindakan sedemikian rupa dan dianggap menyusahkan pelbagai pihak.
“Lepas itu, marah orang yang patuh peraturan. Menyusahkan orang lain. Lepastu batalkan lesen yang langgar. Bila hon tercabar menyirap darah,” komen Dawn Harun.
“Benda dah terang-terang lampu merah, lagi nak tarik throttle. Orang yang nak berhenti lampu merah pula tak pasal-pasal kena,” kata AbuSyaz.
“Aku suka kereta buat tak tahu sahaja dekat mat rempit yang mampus sebab langgar lampu merah,” kata Melayuterakhir.
Tambahan lagi, warganet juga sememangnya tidak lari untuk mendakwa individu sebagai ‘mat rempit’ kerana melanggar lampu isyarat tersebut.
“Laju benar. Mat rempit ke ni,” soal LavigneSwift89.
“Maaf cakap, dekat sini memang geng-geng motor suka langgar lampu merah. Dah banyak kali tengok,” berang Ffffyyyyy. — KL Viral
Baca juga: