PELAKON jelita, Diana Danielle, kini sudah nekad untuk meneruskan fail penceraian terhadap suaminya, Farid Kamil, buat kali kedua dan keputusan itu merupakan keputusan muktamad yang dibuat pada semalam.
Proses memfailkan penceraian itu akan dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subng Bestari, Shah Alam, Selangor.
Teruskan MembacaMenurut sumber, Peguam Syarie yang mewakili pelakon wanita itu, Datuk Akberdin Abdul Kadir telah mengesahkan anak guamnya sudah memberi arahan untuk meneruskan proses pemfailan cerai tersebut.
“Diana memang sudah tekad dan dia sebenarnya sudah bagi arahan sebelum ini untuk bertindak.
“Semalam dia bagi arahan untuk ‘proceed’ terus,” katanya memetik laporan Kosmo!.
Mengulas mengenai faktor Diana memfailkan perceraian kali kedua, Akberdin menyatakan bahawa butiran lanjut akan dikongsi pada masa yang sesuai.
Terdahulu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 33, pernah menfailkan penceraian buat pertama kalinya terhadap Farid pada 10 Mac 2023.
Faktor pemfailan cerai itu adalah disebablan tiada lagi persefahaman antara mereka serta berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan yang tidak dapat diselesaikan.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun, kembali rujuk sebulan kemudian.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang berusia sembilan tahun.
Baca juga: