Terkini

Marissa Dania mengandung?

ANAK kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania dikhabarkan sedang mengandung selepas gambar yang dikongsikannya menampakkan seolah-olah beliau mempunyai ‘baby bump’.

Spekulasi itu timbul selepas perkongsian yang dibuat menerusi hantaran Instagramnya pada Selasa, Marissa memuat naik gambar sambil memegang tangan seseorang yang dianggap milik suaminya iaitu Aslam.

Rata-rata netizen memenuhi ruangan komen Marissa yang mendakwa bahawa Marissa kelihatan sedikit berisi dan perutnya seolah olah kelihatan berisi,meskipun tudungnya menutup separuh dari badannya.

Namun, masih ada segelintir warganet yang meninggalkan komen negatif dengan menghentam Marissa sebagai seorang perampas.

Terdahulu, spekulasi mengenai Marissa berbadan dua mula timbul susulan hantaran instagram storynya yang menunjukkan foto gula-gula asam yang juga merupakan sinonim kepada alahan buat orang mengandung.

Bagaimanapun, Aslam enggan mengulas lanjut berkenaan isu terbabit dan hanya memohon doa yang terbaik buat mereka.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top