Oleh: Haikal Tajuddin
SATU hantaran poster Universiti Malaya (UM) di media sosial baru-baru ini telah mengembalikan nostalgia dengan menggunakan corak serta jenis huruf yang pelbagai warna.
Teruskan MembacaSiapa sangka, dengan hanya permainan huruf, kita dapat mengimbau kenangan indah suatu ketika dahulu?
Menerusi satu hantaran Facebook, UM menyambut pelajar baharu dengan corak poster yang menciptakan suasana seakan menghidupkan kembali detik-detik manis ketika di sekolah.
Tidak hanya pada corak tulian, pilihan warna yang menarik juga menambah daya tarikan sekali gus membuatkan ramai terpesona dan mengingat kembali zaman mereka di bangku sekolah.
Hasilnya, hantaran ini meraih lebih 270,000 tanda ‘like’ dan 100,000 komen, membuktikan betapa mendalamnya kesan visual tersebut buat warganet yang melihatnya.
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa rindu dan mengimbau semula nostalgia mereka ketika baru sahaja memulakan zaman sekolah.
“Wow, berjaya fyp (for your page). Marketing mantap! Rasa nak belajar balik. Nak masuk UM la,” komen Fion Na, menggambarkan betapa poster itu mampu membangkitkan semangat belajar.
“Kalau dulu, dapat buat macam ni kira hebat sangat dah. Terpaling grafik tu,” kata Zahid Zidane.
“Tulisan legend. Terima kasih admin kerana kembalikan memori kami zaman simpan tugasan dalam Floppy A,” balas Mohd Fadli Salleh.
Kenangan-kenangan manis seperti ini mengingatkan kita betapa berharganya masa lalu.
Rasa rindu terhadap gaya penulisan itu jelas terpancar dengan harapan agar UM terus mencipta karya-karya yang menyentuh jiwa dan kenangan-kenangan ini tidak terhapus dek zaman. — KL Viral
Baca juga: