SEJARAH tercipta di Universiti Malaya (UM) apabila menerima pelajar termuda berumur 12 tahun sejak penubuhan institusi pengajian itu pada 1962.
Menerusi perkongsian seorang pensyarah daripada Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM, Professor Fatimah Kari, pelajar yang dikenali sebagai Iz Emir telah mendaftar untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Dalam Matematik.
Teruskan MembacaDalam perkongsian itu, Fatimah memaklumkan, adik Iz telah mendapat pendidikan Tingkatan 1 di Permata Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak umur enam tahun.
Pada umur lapan tahun, Iz menyambung pengajian di peringkat O Level yang hampir sama dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Empat tahun selepas itu, dia menyambung pengajian di peringkat A Level atau program pra-universiti yang ditawarkan di Malaysia berdasarkan sistem pendidikan UK pada umur 11 tahun.
Pencapaian adik Iz ini membuatkan ramai netizen terkejut dan memuji kepandaiannya.
“Ini betul-betul aset peneraju genius negara. Kena jaga betul-betul . Tak banyak genius yang boleh ke tahap ini,” kata Radin Fikri.
“Hebat! Tahniah Iz juga ayah, ibu dan guru-gurunya. Moga terus cemerlang,” puji Mariah Mar.
“Jaga diri elok-elok nak, sungguh dirimu aset negara,” nasihat Siti Amni.
Semoga adik Iz terus cemerlang dan dapat memberi contoh kepada anak-anak muda di negara kita untuk menyambung pelajaran seterusnya membanggakan Malaysia.
Tahniah adik Iz!
Baca juga: