INGATKAN kalau orang bagi sedekah minuman atau makanan, boleh terus terima sahaja, rupa-rupanya kena ada keizinan pihak lain dahulu.
Seperti video yang dikongsikan dalam aplikasi X yang berdurasi 1 minit 45 saat, memperincikan tindakan pelajar wanita Maahad Tahfiz menolak tawaran seorang pencipta kandungan (content creator) yang menghulurkan beg berisikan air kopi.
Teruskan MembacaDipercayai, pada awalnya mereka menolak tawaran itu atas sebab mampu memberi kesan kepada ingatan, malah mereka menyarankan individu tersebut untuk meminta keizinan daripada pihak ustazah sebelum diberikan kepada mereka.
Menyelam ke dalam ruang sosial media, rata-rata warganet turut menyokong tindakan pelajar tersebut sebagai langkah berhati-hati dalam menerima apa jua perkara daripada pihak yang tidak dikenali.
“Kenapa rider ambil pendekatan tegur pelajar untuk bagi sedekah air dari orang tak dikenali, yang tak dimaklumkan siapa dia. Aku pun tak terima makanan dari orang tak kenal,” komen ikhlas_inside dalam aplikasi X.
“B*d**, nanti budak-budak itu yang kena denda bukan kau. Jangan jadi palatao boleh tak? Dahla engkau lelaki main masuk je kawasan perempuan,” balas elmontel. – KL Viral