SELARAS dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempergiatkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang mampan dan inklusif khususnya di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dipertanggungjawabkan melakukan kerja-kerja penambahbaikan di pusat penjaja dan gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur.
Antara lokasi yang ditambah baik melibatkan enam pusat penjaja dan gerai milik DBKL di kawasan Brickfields iaitu Kompleks Tun Sambanthan, Medan Selera Tempat Letak Kereta Brickfields, Kedai Bunga Little India, Kedai Burung Little India, Little India Seri Kota dan kedai bunga di Jalan Scott.
Teruskan MembacaProgram Lestari Niaga@Kuala Lumpur merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Madani dengan kerjasama DBKL untuk menaik taraf fasiliti gerai-gerai peniaga kecil dan penjaja sedia ada kepada fasiliti yang lebih kondusif dan selesa di sekitar Kuala Lumpur.
Kerja-kerja pengindahan yang dilaksanakan oleh DBKL termasuk pengindahan fasad, penambahbaikan bumbung, kerja–kerja mengecat semula bangunan dan mengecat mural, penggantian kipas dan lampu yang baru, penggantian paip-paip air dan pemasangan papan tanda.
Esok jika mencari lokasi untuk menjamu selera bolehlah ke salah satu medan selera yang telah ditambah bank itu, Medan Selera Tanglin.
Selepas dinaiktaraf di bawah program Lestari Niaga@Kuala Lumpur, kelihatan medan selera ini sangat cantik dan selesa. Ada banyak pilihan makanan yang sedap-sedap.
Juga, jom ke Lestari Niaga@Kuala Lumpur D’medan Selera Madani Kompleks Tun Sambanthan. Minum pagi di gerai Nesh Food Corner yang menghidangkan nasi lemak dan tosai pilihan ramai.
Baca juga: