PEMPENGARUH dan usahawan Kieda atau lebih dikenali sebagai Kieda Crepe didakwa meniru logo sebuah pasukan penyokong bola sepak negeri Pahang iaitu Ultras Pahang.
Perkara itu dimaklumkan selepas t-shirt yang dicetak khas untuk jelajah Pahang Kieda Crepe itu tular di media sosial.
Teruskan MembacaMenerusi perkongsian di Instagram, Kieda memaklumkan t-shirt yang dicetak khas itu telah terjual sebanyak 90 helai dan hanya berbaki 60 helai sahaja untuk dijual.
Hantaran itu menerima tindak palas Pihak Elephant Army yang menjelaskan logo mereka sudah pun didaftarkan sejak tahun 2018.
Selepas ditegur netizen berhubung penyalahgunaan hak cipta orang lain, suami kepada usahawan itu, Hilmi Zaki akhirnya membuat permohonan maaf dan akui tidak mengetahui bahawa logo tersebut telah didaftarkan.
Difahamkan, pihak Kieda Crepe juga telah menghubungi pihak Elephant Army dan ianya telah diselesaikan secara baik.
Mengintai di laman X, rata-rata masyarakat tempatan mengecam tindakan beliau.
“Selamba. Pemilik kedai crepe “kesukaan” orang buat baju lepas tu pakai logo orang. tak ada keje ke? Bos takkan tak lakukan ke pengesahan ke dekat reka bentuk? Sesuka hari pakai logo Elephant Army tanpa kebenaran. Sedia kan jela duit kieda oiii,” kata Mzulhilmi90.
“Suka hati dia je amik pastu tempek kat baju, pastu guna card sesama melayu,” ujar Ayedzham.
Baca juga: