SUDAH menjadi norma dalam masyarakat terutamanya pengguna jalan raya apabila menyaksikan kemalangan berlaku di hadapan mata.
Namun, kejadian aneh dilihat berlaku menerusi sebuah video yang tular di media sosial apabila sebuah kereta mengheret sebuah motosikal di satu jalan yang tidak dikenal pasti.
Teruskan MembacaVideo yang berdurasi 17 saat berkenaan memaparkan kereta jenis Honda CR-V menyeret sebuah motosikal jenis Yamaha Y-15 sepanjang jalan berkenaan hingga mencetuskan percikan api di atas jalan.
Namun, penunggang motosikal berkenaan tidak kelihatan di dalam video tersebut maka, keadaannya tidak diketahui sama ada selamat ataupun tidak.
Video yang dimuat naik oleh Malaysiaviralll tersebut mendapat perhatian warganet yang kemudiannya membuat andaian mengenai pemandu berkenaan.
“Dia (pemandu) antara OKU (Orang Kelainan Upaya) ataupun sedang mabuk,” komen Amycute029.
“Lah, motor ke depan tu? Ingatkan bumper tercabut,” kata KB_Khaibahar.
“Orang kalau dah mabuk terbaring tidur merata. Dia boleh drive. Bagus. Bagi lagi 10 botol bagi dia minum,” sindir Ulamraja97.
“Hancur motor dibuatnya, kalau OKU pekak ke tak boleh cakap ke rasanya perasan juga, yang ni (pemandu) mental sakit kot,” kata Jaenal Ariffin.
Meskipun keadaan pemandu kereta dan penunggang motosikal tersebut tidak diketahui, warganet tidak sepatutnya membuat andaian mengenai insiden tersebut dan mereka sepatutnya menantikan kenyataan rasmi dari pihak berwajib.
Oleh itu, kita sebagai pengguna jalan raya perlu sentiasa berhati-hati di jalan raya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti yang berlaku dalam video tersebut daripada berlaku. — KL Viral.
Baca juga: