SEEKOR lembu terlepas ketika upacara penyembelihan pada pagi Hari Raya Aidil Adha bertindak mencederakan seorang kanak-kanak perempuan, pada 17 Jun 2024, Isnin.
Satu video tular di laman media sosial yang melibatkan seekor lembu terlepas daripada upacara penyembelihan yang bertindak melarikan diri dan tidak sengaja ‘menyodok’ seorang kanak-kanak perempuan yang berada di hadapannya.
Teruskan MembacaDalam rakaman video terbabit, kanak-kanak tersebut dilihat berlari dalam keadaan ketakutan sebelum lembu terbabit bertindak melanggar kanak-kanak tersebut yang menyebabkannya tersungkur lalu terpelanting.
Mengintai di ruangan komen di laman X, rata-rata warganet meluahkan perasaan mereka berkenaan insiden terbabit dengan mengatakan pihak bertanggungjawab tidak melakukan tugas mereka dengan betul.
“Yang Ahli Jawatan Kuasa buat apa? Keselamatan kena ada, ni lelaki-lelaki ramai korang asal tak jaga lembu tu nak menyondol? Beb**. Ajk diorang gagal. Serious gagal menguruskan program tersebut,” ujar @arfabdim
“Sebab tu aku lebih suka buat kat pusat penyembelihan bertauliah. Dari pengendali sampai ke tukang sebelih semuanya professional dan mahir uruskan lembu. Yg lain nak tengok datang sana,” kata @dsam_crypto
Allahuakbar kesiannya budak tu. Eh korg tambat lembu macam mana eh boleh terlepas. Bahayalah bod** mcmni punya kerja. Budak tu kalau cedera siapa nk bertanggungjawab?,” ujar @XoxoMooch
Baca juga: