Terkini

Seorang lelaki bertindak memukul wanita ‘kurang ajar’ di Sabah

SEORANG lelaki warga sabah yang sedang membasuh bajunya di Dobi Taman Suria Penampang, Sabah didakwa memukul seorang wanita, ekoran satu video yang tular di laman X, pada Sabtu.

Kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan wanita berkenaan dilaporkan memerli dan bertindak kurang ajar kepada pelanggan tersebut sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati lelaki berkenaan.

Video yang tular itu memaparkan wanita berkenaan sedang berborak bersama rakannya sebelum individu tersebut mula menengking dan melibas kain basuhan ke mukanya.

Wanita berkenaan bertindak membalas tengkingan indivitu terbabit dan mengugut mahu melaporkan kepada pihak polis atas apa yang terjadi.

Rata-rata warganet meninggalkan komen di laman X atas insiden terbabit.

“Perempuan takkan mengalah. Walaupun suhu panas dan boleh mengancam nyawa dia pun mulut dia tetap berbunyi,” ujar @adinordin

“Bibik konoha mulutnya memang begini depan kita baik belakang kita dia kutuk kita,” ujar @cheguavarra

“Jangan guna jantina utk enabler benda yg tak betul. Tempat awam jaga sikit mulut. Lelaki pon manusia. Ada tahap sabar. Kan da mendapat. Tgok muka pun tau mulut bawang,” ujar @Syafiq_rose.

Baca juga :

Pelbagai

Scroll to Top