SATU video tular di media sosial apabila anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim muncul dalam satu sesi foto bergambar memakai busana raya selepas lama tidak memunculkan diri.
Menerusi video pendek satu akaun penjualan busana raya memaparkan Aslam dan Marissa Dania sedang melakukan sesi bergambar dan kelihatan tidak kekok bersama.
Teruskan MembacaVideo yang berdurasi 37 saat itu turut memperlihatkan mereka menggayakan busana berwarna hitam dan difahamkan mereka merupakan model kepada satu jenama pakaian tempatan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata negatif dan memperlihatkan kelakuan tidak kekok Aslam dan Marissa menguatkan lagi dakwaan netizen yang mereka sudah sah berkahwin seperti yang hangat diperkatakan dahulu.
“Abby dan Norman terpaksa terima hakikat, jodoh itu takdir Allah,” kata Anne.
“Pernah dengar suami hanya pinjaman Allah, kalau tak diambil oleh Allah mungkin diambil perempuan lain,” kata Sateri.
“Brand (jenama) mana yang bijak menggunakan peluang, sebab dia tahu orang Malaysia ni suka kontroversi, lagi ramailah viewers (penonton),” kata ZK.
“Takpa Misya biarkan mereka menyakiti hatimu sekarang, sebab apa yang mereka buat akan ada balasan di kemudian hari. Kekal kuat ya,” Mimi Linggi.
Sebelum ini, dipercayai Misya isteri pertama kepada Aslam turut merupakan model bagi jenama tempatan tersebut.
Baca juga: