BAHASA Melayu adalah bahasa ibunda negara yang menjadi suatu kebanggan buat rakyat Malaysia dan dipandang tinggi bukan sahaja di negara kita, malahan di mata dunia.
Namun tular mengenai seorang pelancong dipercayai warga Indonesia, Yusuf Hendranto yang memperlekehkan bahasa Melayu semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Teruskan Membaca“Saya sudah tiba di lapangan terbang, ada beberapa ayat yang buat saya ketawa habis-habisan. Antara kalimatnya adalah tuntutan bagasi. Dituntut ngak tuh?,” katanya dalam video sambil menunjukkan papan iklan yang berada di KLIA.
Menerusi rakaman terbabit, lelaki itu turut menyatakan bahawa ini kali pertama dia datang ke Malaysia yang menyebabkan dia agak pelik apabila mengetahui terjemahan perkataan dalam bahasa Melayu.
“Pertama kali datang ke Malaysia, pertama kali baca bahasa Melayu agak aneh but fun, saya ketawa-ketawa sendirian di sini,” katanya lagi.
Lelaki terbabit menerima kecaman daripada rakyat Malaysia atas cubaan beliau untuk membuat jenaka dengan bahasa Malaysia.
“Mereka memang selalu buat onar dekat negara orang ke? Haritu dekat Jepun,” kata linnbabe.
“Bahasa Melayu yang diguna sekarang adalah Bahasa Melayu Riau, dia hina bahasa Melayu bermakna dia hina bahasa daerah Indonesia sendiri,” kata Din_tawil.
Diharapkan orang ramai untuk tidak menjadikan bahasa kebanggaan negara ini sebagai suatu bahan jenaka yang boleh menaikkan amarah pihak lain demi kesejahteraan masyarakat.
Baca juga: