Oleh: Haikal Tajuddin
SUDAH setahun lebih mendirikan rumah tangga, namun pelakon, Janna Nick masih tidak diberi keizinan untuk menimang seorang pun cahaya mata bersama suaminya, Dini Schatzmann.
Teruskan MembacaMenerusi kenyataan yang dibuat oleh Janna Nick menerusi akaun TikToknya, pelbagai usaha dan ikhtiar sudah diambil, malah masih tidak mendatangkan sebarang hasil.
“Sekarang bulan 10, cukup setahun buat Persenyawaan In Vitro (IVF) dan saya gagal. Saya dah buat Ujian Paras Hormon Anti-Mullerian (AMH) dan Dini dah buat sperm test, kedua-dua kami okay. Cuma tahun lepas waktu saya buat IVF, telur dalam saya agak teruk.
“Nak dapatkan anak ini rasa kerja Tuhan dan bukannya kita. Saya dah makan semua yang orang suruh sampai naik banyak jerawat.
“Saya jadi gemuk pun sebab saya makan semua jenis pil hormon. Saya nak bersenam pun rasa takut terlalu berlebih-lebihan. Nanti benda itu tidak lekat,” jelas Janna Nick.
Namun begitu, Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, berasa agak kecewa apabila terdapat individu menuduh suaminya memiliki hormon perempuan berlebihan sehingga menyebabkan dia sukar mendapatkan zuriat.
“Bila orang komen, bila nak ada anak, saya masih okay lagi. Tetapi, untuk satu komen ini, saya rasa sangat terasa. Sangat kurang hajar, sebab saya rasa kita sudah buat macam-macam untuk dapatkan anak,” ujarnya.
Akibat dari perkara tersebut, rata-rata warganet turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa pasangan kekasih tersebut dan berkongsi pengalaman sama untuk mendapatkan anak melalui ruangan komen.
“Saudara saya ada masalah uterus terbalik. Doktor suggest kalau nak conceive try d**gy. Alhamdulillah empat orang dah anak dia,” komen Delina Meliora menerusi aplikasi X.
“Akak rahim terbalik juga. Akak dapat rawatan dari dr Hamid di klinik dia. Dr buat operation betulkan balik rahim dan akak ada endometriosis. Lepas setahun baru lekat,” balas HannaKhairy. – KL Viral
Baca juga: