KEMERIAHAN sambutan Krismas di Bukit Bintang, Kuala Lumpur bertukar wajah sebaliknya sebaik sahaja acara tersebut tamat.
Hal ini berikutan timbunan sampah sarap yang berselerakan di beberapa laluan kaki lima premis.
Teruskan MembacaPemandangan tersebut secara tidak langsung mencacatkan persekitaran kawasan tumpuan pelancong itu, sekali gus menunjukkan mentaliti penduduk setempat yang kurang peka terhadap kebersihan.
Situasi tersebut yang dirakam oleh salah seorang pengunjung dan dimuat naik ke laman X, tular selain menjadi topik hangat di platform media sosial itu.
Rakaman video yang dimuat naik oleh pemilik akaun, @zarifhakimi_ turut menunjukkan bahawa sikap segelintir pengunjung yang tidak peduli tentang keberadaan mereka di tempat yang penuh dengan sampah.
Malah, terdapat juga kenderaan yang melaluinya hanya melanggar sahaja sisa buangan tersebut.
“Ini bukan Bukit Bintang lagi. Ia adalah ‘bukit sampah,” tulisnya bersama hantaran video rakaman itu.
Netizen yang berang dengan aksi tersebut lalu menyifatkan kelakuan itu ibarat orang yang tidak bertamadun. — KL VIRAL
Baca juga: