Tular satu klip video ‘dashcam’ seorang kanak-kanak tercampak keluar daripada kereta yang dinaiki sebelum dilanggar dua buah kenderaan lain.
Kejadian ini berlaku di lampu isyarat Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.
Teruskan MembacaDalam rakaman dashcam berdurasi lebih satu minit itu, semasa sebuah kenderaan yang dinaiki sedang membuat U-turn, pintu penumpang kiri terbuka dan seorang kanak-kanak terjatuh di atas jalan raya.
Kemudian kanak-kanak malang itu dilanggar oleh sebuah kenderaan yang melalui jalan yang sama. Kanak-kanak ini bangun berdiri dan sekali lagi dilanggar oleh kenderaan lain sehingga tercampak ke hadapan.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Mohd Suhaimi Ali, ketika kejadian jam 5.42 petang itu dipercayai berlaku akibat pemandu kereta gagal memastikan pintu penumpang sebelah kiri ditutup dengan kemas dan memakai tali pinggang keledar terhadap kanak-kanak berkenaan.
Usaha mengesan kenderaan terbabit serta kanak-kanak itu masih dijalankan
Setakat ini ujarnya tiada laporan yang dibuat mengenai kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 kurungan satu Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.