HASRAT pengantin lelaki untuk melangsungkan perkahwinan tidak kesampaian apabila calon isteri menarik diri pada saat akhir, beberapa hari sebelum majlis berlangsung.
Kejadian ini tular di media sosial, apabila ibu kepada pengantin lelaki membuat pengumuman mengenai pembatalan majlis tersebut.
Teruskan MembacaIbu pengantin lelaki dengan berat hati memaklumkan bahawa pengantin perempuan telah membatalkan perkahwinan tersebut pada saat-saat akhir.
Menurutnya, segala persiapan majlis telah pun lengkap di pihak mereka, namun pengantin perempuan membuat keputusan yang mengejutkan.
Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam memutuskan untuk meneruskan majlis walaupun tanpa kehadiran pengantin perempuan.
Ini kerana jemputan telah pun dibuat dan keluarganya tidak mempunyai kekuatan untuk membatalkan majlis pada saat-saat akhir.
“Saya tidak mampu membatalkan majlis atau menjawab soalan-soalan daripada para jemputan. Jadi, saya memilih untuk meneruskan majlis ini dan menjelaskan situasi dalam majlis tersebut,” kata ibu pengantin lelaki.
Sebagai ganti kepada majlis resepsi, keluarganya mengadakan majlis doa selamat yang diketuai oleh seorang ustaz bersama pelajar-pelajar tahfiz. Ini dilakukan sebagai simbolik untuk menggantikan acara yang telah dirancang sebelumnya.
Di ruangan komen media sosial, ramai netizen memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat kepada Adam. Mereka berharap agar beliau tabah menghadapi ujian ini dan percaya akan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
“Semoga Allah memberi jodoh yang lebih baik untuknya. Percayalah, mungkin Allah sedang menjauhkan sesuatu yang tidak baik,” kata qilaaaaa.
Ada juga yang mencadangkan agar Adam menuntut ganti rugi atas kerugian yang dialami keluarganya. Menurut mereka, terdapat perundangan yang membolehkan tuntutan ganti rugi dibuat dalam situasi seperti ini.
Mari kita doakan agar keluarga di pihak pengantin lelaki dipermudahkan urusan dan kekal tabah dalam menjalani dugaan ini.
Baca juga: