Oleh: Haikal Tajuddin
KINI kita hidup dengan bertongkatkan teknologi canggih dalam kehidupan harian, namun terdapat segelintir masyarakat terutama Melayu, tidak lekang dengan mengamalkan ilmu kepercayaan khurafat.
Teruskan MembacaSering kali kita dengar gangguan sihir berlaku akibat daripada ‘penyakit hati’ orang sekeliling seperti rakan mahupun individu yang tidak dikenali dan jarang sekali dihantar oleh keluarga sendiri.
Namun, cerita seorang wanita yang dikenali sebagai Nur sedikit berbeza dan dia berkongsikan perkara tersebut menerusi aplikasi X.
Dia yang dipercayai terkena sihir yang dihantar oleh kakak iparnya itu hampir mengundang maut bukan kepada dirinya, tetapi suaminya sendiri.
“Kami baru sahaja 10 bulan mendirikan rumah tangga dan sewaktu awal perkahwinan, tiada sebarang perkara pelik berlaku terhadap saya dan juga suami.
“Setelah beberapa bulan, hubung kami dilihat semakin ‘panas’. Pantang ada salah sedikit, mesti kami akan bergaduh antara satu sama lain,” jelasnya.
Pada masa yang sama, hubungannya sering dikacau oleh makhluk halus sehingga menampakkan susuk tubuh jelmaan wanita yang berada di mana sahaja mereka pergi.
“Sampai satu tahap, suami saya tidak boleh langsung duduk di rumah dan setiap kali tidur pun mesti akan rasa panas sampai terpaksa kami tidur di dalam kereta.
“Pernah dalam satu malam, saya pernah bermimpi, ada seorang pakcik tua berpakaian pendekar tunjuk kepada saya yang ada orang yang menggunakan barang mayat untuk menyihir keluarga,” jelasnya.
Disebabkan terlalu takut, dia terus menceritakan kejadian yang berlaku kepada ayahnya sehingga mendapatkan bantuan daripada pihak yang lebih pakar dalam bidang itu.
“Suami saya kini berada dalam keadaan seperti mayat hidup dan saya terus mendapatkan pihak yang boleh mengubatinya. Beberapa hari selepas itu, kakak ipar saya ada tunjuk dekat suami yang dia terjumpa kapas hidung mayat dan minta terus pulang ke kampung untuk berubat.
“Mulanya ayah izinkan, sehari selepas itu , ayah secara tiba-tiba tidak benarkan kami balik dan memberitahu kami, jika pulang ke kampung, salah seorang daripada kami akan mati,” ujarnya.
Setelah selesai berubat bersama bapanya, dia baru sahaja mengetahui bahawa maklong (mak saudara) yang sebenarnya menghantar sihir kepadanya.
“Tujuan dia sebenarnya nak pisahkan saya dengan suami supaya boleh balik kepada rumah ibunya dan saya mungkin disebabkan saya tidak mahu ikut cakap maklong yang sesat itu,” jelasnya. — KL Viral
Baca juga: