PEMPENGARUH, Qawiyaro sudah dikenali dengan caranya mendekati orang awam dan meminta mereka menyambung petikan dari ayat al-Quran menerusi kandungan ‘tebuk’ (uji hafalan) al-Quran yang sering dilakukannya.
Namun, perkara berbeza berlaku ketika Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2024 berlangsung apabila seorang lelaki berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Boy yang mendekati Qawiy untuk ‘menebuknya’.
Teruskan MembacaSeperti yang dijangka, Qawiy berjaya menyambung petikan ayat al-Quran yang diberikan oleh Boy dan kini tiba masa untuk Boy pula diuji oleh Qawiy.
Boy kelihatan tenang melafazkan petikan daripada Surah Maryam ayat 1 hingga 6 hingga keterujaan terlihat pada wajah Qawiy.
Selepas masing-masing berjaya melepasi ujian hafalan tersebut, Boy mendedahkan bahawa dirinya telah bergelar hafiz (orang yang menghafal al-Quran) sejak berusia 15 tahun.
Qawiy turut memuji alunan bacaan Boy yang sedap didengari seperti ‘imam di masjid’.
Menjengah ruangan komen video tersebut, rata-rata warganet berasa kagum dengan hafalan lelaki berkenaan namun mempersoalkan pemakaiannya.
Ia kerana Boy dilihat mengenakan rantai berbentuk labah-labah yang jelas haram untuk dipakai oleh seorang lelaki dalam Islam.
“Jadi apa masalah kalau orang lain nak judge. Jangan normalise benda salah, hafallah berapa banyak juz pun, kalau pakai rantai tu sah lah dah haram,” kata Malaysiaviralll.
“Nabi sudah pesan 1,400 tahun dulu, akan muncul golongan yang membaca Al-Quran tapi sekadar sampai kedalam kerongkong mulut sahaja (tidak sampai ke hati mereka),” komen Namecantbblank5.
“Semoga dia berpakaian ke arah yang lebih baik. Tapi untuk bacaan dan hafazan masya-Allah, tabik dan respect!,” ujar Kkkcaz.
“Respect bab dia hafiz, tapi sedih sebab tak praktik hukum-hakam yang betul,” kata Arbeezone.
Berdasarkan senario menerusi video tersebut, ia menunjukkan betapa pentingnya untuk kita bukan sahaja memelihara hafalan al-Quran, tetapi juga mengamalkan ajarannya dalam setiap aspek kehidupan.
Walaupun pujian diberikan kepada Boy atas kebolehan hafazannya, kritikan yang diterima tentang pemakaiannya mengingatkan kita bahawa menjaga akhlak dan adab dalam berpakaian juga adalah sebahagian daripada cerminan iman dalam diri. — KL Viral.
Baca juga: