KEBERSIHAN dalam penyediaan makanan sering kali menjadi faktor utama yang menentukan kepercayaan pelanggan terhadap sesebuah gerai.
Namun, terdapat kedai-kedai yang mengabaikan standard kebersihan dengan menggunakan air yang tidak bersih untuk mencuci peralatan memasak.
Teruskan MembacaSituasi yang sama berlaku menerusi video yang tular di media sosial hingga menimbulkan kerisauan tentang kualiti makanan yang disajikan dan risiko kesihatan kepada para pelanggan.
Video berdurasi 24 saat tersebut memaparkan seorang pekerja yang disyaki merupakan seorang warga asing sedang mencuci kuali menggunakan air longkang.
“Penjual roti canai di depan ni basuh kuali diorang guna air longkang kat sini. So, sangat kotor lah,” kata perakam video berkenaan.
Pekerja warga asing yang mencuci kuali berkenaan kemudian dipanggil oleh rakan sekerjanya untuk beredar dari longkang tersebut dan dia hanya menurut arahan tersebut.
Namun, lokasi video tersebut dirakam masih tidak diketahui dan tidak diberitahu oleh perakam video berkenaan hingga mengakibatkan sesetengah warganet berteka-teki mengenai lokasi gerai tersebut.
Menjengah kepada ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa jijik dan berang dengan perbuatan pekerja tersebut yang jelas melanggar peraturan pengendalian makanan yang sepatutnya.
“Semakin kurang kesedaran terhadap kebersihan,” komen Stigma7543.
“Inilah kelemahan ambil warga asing kerja di kedai makan. Kita nak kena pantau betul-betul, kalau tak jadilah macam ni,” kata Spin_spinn8888.
“Alamak, kotornya pakai air longkang weh,” tambah AalanPerfume.
“Ini memang perlu ambil sijil pengendalian (makanan) balik ni,” komen Erlixxxxxxxxxx.
“Aku memang tak makan kedai diorang ni. Takut jadi macam ni lah,” ujar Simunjan46.
Oleh itu, kita sebagai pengguna perlu sentiasa peka akan kebersihan premis makanan yang ingin kita kunjungi.
Ini kerana sekiranya makanan yang dijual tercemar, sudah tentu kita akan terdedah dengan risiko penyakit berpunca daripada makanan seperti keracunan makanan dan lain-lain. — KL Viral
Baca juga: