Sejak beberapa hari lalu, kes curang antara pempengaruh, Andika Putera dan bekas isterinya, Ananda Natasha telah menjadi perbualan hangat di media sosial.
Melalui perkongsian di TikTok oleh Ananda Natasha, dia mendakwa bekas suaminya pernah mengugut untuk menyebarkan video mereka ketika ‘bersama’.
Teruskan MembacaNatasha menjelaskan bahawa ugutan tersebut tercetus selepas dia meminta Andika untuk membayar semula hutangnya yang berjumlah RM600.
Menurut Natasha, tindakan Andika mengugutnya adalah sesuatu yang tidak wajar dan sangat menyakitkan hatinya.
“Dia pernah ugut saya sebelum ini nak viralkan video bersama dia. Nampak tak, yang ugut-mengugut tu terjadi sebabkan dia ugut saya. Jadi saya buat benda yang sama,” katanya.
Lebih mengejutkan, Natasha turut menunjukkan bukti perbualannya bersama Andika. Dalam perbualan tersebut, Natasha dengan berani membalas ugutan Andika dengan memberi amaran bahawa dia juga mempunyai bukti yang boleh disebarkan jika Andika tidak membayar hutangnya.
“Saya senang je, awak ugut saya, lepas bayar hutang. Video awak, ada je lagi. Saya viralkan nanti, video tu nampak muka awak je, tak nampak saya,” kata mesej tersebut, yang menunjukkan ketegasan Natasha dalam menangani situasi itu.
Kejadian tersebut telah menimbulkan kemarahan warganet yang menyatakan sokongan kepada Natasha dan mengecam tindakan Andika yang dianggap sebagai perbuatan yang tidak bermoral dan kejam.
Susulan itu, akaun Instagram Andika telah dibanjiri dengan komen negatif yang mengeji tindakannya.
Ramai yang menganggap ugutan Andika sebagai satu bentuk penyalahgunaan kuasa dan tekanan emosi yang tidak sepatutnya berlaku.
“Ni ke yang sampah sangat sampai nak viral video berjimak dengan bini sendiri tu? Bod** ya kamu,” komen Izz.ni_.
“Jantan tak guna, sanggup ugut bini nak viralkan video ****. Semoga kifarah menanti, Andika. Kamu rosakkan nama agama sebab kamu suka selawat tapi perangai dua kali lima je,” kata Spicy.Stallion.
Kes ini turut membuka mata ramai pihak tentang pentingnya integriti dan kejujuran dalam hubungan.
Natasha turut berharap kejadian ini dapat menjadi pengajaran kepada semua tentang betapa pentingnya menghormati privasi dan hak individu lain, serta menyelesaikan konflik dengan cara yang lebih matang dan bertanggungjawab. — KL Viral
Baca juga: