AKSI berbahaya di jalan raya sering kali menjadi ‘pentas’ buat segelintir penunggang motosikal atau mat rempit untuk menunjukkan kebolehan mereka.
Namun, tidak semua aksi berakhir dengan kegemilangan, apabila ada yang berakhir dengan insiden memalukan apabila mereka hilang kawalan dan terjatuh.
Teruskan MembacaSituasi sebegini bukan sahaja mencederakan diri sendiri, tetapi turut mengundang gelak tawa dan sindiran daripada netizen apabila rakaman kejadian tular di media sosial.
Perkara yang sama berlaku menerusi video yang tular di laman X berdurasi 8 saat yang memaparkan aksi seorang penunggang membuat wheelie dan kemudian terjatuh sambil disaksikan oleh beberapa pengguna jalan raya yang lain.
Mereka yang menjadi saksi kejadian tersebut turut bersorak seolah-olah meraikan aksi gagal tersebut, sama juga seperti rata-rata warganet yang turut meluahkan rasa puas hati pada ruangan komen hantaran tersebut.
“Sakit dapat, malu dapat, saman pun dapat,” komen Amansham354039.
“Sampai beranak pinak kena bahan tu,” kata Farahliyanaz.
“Pekat bod** dia tu,” ujar Mamatmeow.
Dari cubaan untuk tampil berani, akhirnya mereka menjadi bahan jenaka yang membuktikan bahawa aksi berisiko hanya menjerumuskan diri ke dalam kecelakaan dan malu yang tidak dijangka. — KL Viral
Baca juga: