TULAR di media sosial berkenaan satu kenyataan yang dilakukan oleh seorang ahli politik yang menyatakan rakyat Malaysia lebih menyukai memandu kenderaan sendiri berbanding menaiki pengangkutan awam.
Membalas kenyataan tersebut, pengguna dengan nama jading96 di laman X, mengungkapkan kekecewaanya.
Teruskan Membaca“Tengok la, kalau rakyat Malaysia kena panjat pembahagi jalan , lepastu kena jalan dekat tepi jalan tanpa kaki lima, kena berjalan kaki sampai 40 minit baru nak sampai ke stesen LRT.
“LRT sebenarnya depan rumah tapi kena lintas seberang lebuh raya atau belakang tembok. Dengan tunggu bas yang taktau akan tiba bila dengan masa yang tak menentu. Sudah tentu mereka lebih suka memandu dari naik pengangkutan awam.
“Tengok, kalau rakyat Malaysia kena panjat divider, jalan dekat tepi jalan tanpa kaki lima, jalan kaki 40 minit untuk sampai ke stesen LRT sebenarnya depan rumah tapi seberang lebuh raya/belakang tembok, tunggu bas yang boleh atau tidak. datang, maka TENTU mereka lebih suka memandu.
“Jangan nak letak kesalahan pada rakyat Malaysia. Kami tak suka memandu dan ramai je anak muda Malaysia sebenarnya tidak mahu pun memiliki kereta,” jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, beliau sedia maklum dengan penukaran infrastruktur yang memerlukan masa dan wang , namun beliau turut menjelaskan infrastruktur ketika ini yang menyukarkan rakyat Malaysia untuk menaiki pengangkutan awam.
Rata-rata masyarakat tempatan bersetuju dengan kenyataan tersebut dengan menyatakan memandu bukan lah pilihan mereka namun ianya lebih memudahkan perjalanan mereka ke tempat yang diingini.
Baca juga: