SUDAH menjadi ‘common sense‘ buat rakyat di Malaysia bahawa haiwan peliharaan tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam mana-mana premis, melainkan ada kebenaran diberi.
Namun, seorang wanita bertindak seperti tidak mengetahui peraturan tersebut dan menempelak pekerja kedai serbaneka, 99 Speedmart setelah ditegur untuk tidak membawa haiwan peliharaannya ke dalam premis tersebut.
Teruskan MembacaMenerusi sebuah video tular berdurasi 11 saat itu, wanita tersebut dilihat mengendong anjing peliharaannya sambil membuat pembayaran di kaunter.
“Bukan kamu punya kedai,” kata wanita tersebut dengan kasar terhadap pekerja premis itu sebelum berlalu pergi selepas membuat pembayaran.
Rata-rata warganet meluahkan rasa berang terhadap tindakan wanita tersebut yang jelas menunjukkan sikap tidak bertoleransi dan mementingkan diri.
“Kepada pelanggan tersebut, ‘ini bukan kedai kamu juga’ untuk sewenang-wenangnya membawa haiwan peliharaan terutamanya seekor anjing,” kata Norli71608330.
“Si bang*** tu tak boleh ke ikat anjing tu kat luar premis sementara dia beli barang?” soal VillarPerosa.
Insiden ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk menghormati peraturan yang ditetapkan demi keselesaan dan keselamatan bersama. Sikap bertoleransi dan saling memahami adalah kunci kepada keharmonian dalam masyarakat. — KL Viral
Baca juga: