Oleh: Haikal Tajuddin
ATAS sifat keprihatinan yang ditunjukkan oleh pempengaruh dan pengusaha sambal Nyet, Khairul Aming (KA), kepada misi bantuan mangsa banjir di Kelantan, ramai masyarakat tidak henti memuji tindakan yang dibuat olehnya.
Teruskan MembacaMenelusuri video yang dikongsikan olehnya di aplikasi TikTok, ramai golongan wanita turut mengangkat individu tersebut sebagai ciri-ciri calon suami yang sangat idaman.
.”Bagusnya bakal suami saya ini,” komen nurrnadiah dalam video tersebut.
“Hai madu,” balas intan pada komen nurrnadiah.
Dengan perkongsian yang dibuat, rata-rata masyarakat bukan sahaja memuji malah menjadikan ia sebagai teladan yang sewajarnya diikuti oleh kumpulan yang kaya untuk terus menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“Patut Islam menggalakkan kita jadi kaya. Supaya boleh bantu orang. Semoga Allah bagi aku jadi kaya juga,” komen Rahman Beta.
“Ini contoh teladan anak muda tolong orang negeri dia tengah susah. Ini contoh teladan orang baik lagi cerdik,” kata auliatasrik2022.
Sebagai info tambahan, banjir di Kelantan dipercayai sudah mencapai tahap yang buruk pada tahun ini.
Kini, mangsa banjir Kelantan sudah mencecah 86,661 orang dan sebanyak 285 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka.
Baca lagi.