PERKONGSIAN isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menjadi perhatian ramai netizen apabila memuat naik satu hantaran ‘menyesal kahwin is so real’ di Threads.
Menerusi hantaran sama,, Fara dilihat membalas komen netizen mengatakan dia tidak pernah merebut suaminya itu dan dia bukan punca suaminya sebelum ini bercerai.
Teruskan Membaca“Saya tak pernah rebut dia awak, dan dia bukan ada saya sorang ye kalau nak tau zaman tu,” tulisnya.
Selain itu, Fara turut mendakwa suaminya lebih percayakan dan mempertahankan kawan serta seorang yang baran dan apabila diajak untuk kaunseling suaminya enggan berbuat demikian.
“Dia lebih percaya kawan dia, protect kawan dia.. dah banyak kali ajak kaunseling, dia tak nak, dia baran sangat sangat tapi kalau orang lain dia tak macam ni,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fara berkata dia berharap suaminya sedar dengan kenyataannya itu serta menceraikannya.
“Saya berharap dia sedar dengan kenyataan saya dan ceraikan saya. Berapa ramai ustaz dah nasihatkan.” tulisnya.
Terdahulu, Shuk mendedahkan dia sudah berkahwin kali kedua dengan Fara Salleh pada November tahun lalu.
Baca juga: