Terkini

“Walaupun sudah halal, gambar terakhir itu boleh padam rasanya…,” – Gambar Aiman dan Zahirah jadi tumpuan netizen

PASANGAN selebriti iaitu Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson mengejutkan ramai peminat mereka di sosial media apabila Aiman memuat naik satu foto yang menimbulkan rasa kurang senang kepada warga maya.

Menerusi akaun Instagram milik Aiman, dia telah memuat naik beberapa lembaran gambar dirinya bersama isteri tercinta serta anaknya ketika melawat sebuah ladang di Australia baru-baru ini.

Akan tetapi, terdapat satu foto yang terakhir dimuat naik menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang memaparkan kedua selebriti tersebut sedang ‘bercumbuan’.

Rata-rata netizen memberikan kata-kata nasihat, memberikan pesanan baik, malah, ada juga yang ‘bengang’ dengan sikap pasangan itu kerana terlalu menunjukkan perkara yang tidak sepatutnya ditunjukkan kepada khalayak ramai, terutamanya di sosial media.

“Maaf tapi saya hanya nak menegur, walaupun sudah halal tetapi tidak boleh tunjuk gambar yang terakhir tu, berdosa. Apa-apa pun semoga berbahagia selalu ya,” kata Yuniehjshahbudin.

“Saya memang suka tengok pasangan ni tau, tapi yang gambar last tu tak perlu kot..,” kata Tiyaaakamal.

“Tolong lah semua ya, walaupun dia artis, cuba jangan puji-puji benda macam ni. Sangat memalukan, simpanlah gambar tu untuk tatapan berdua, orang tengok aurat isteri kita tu. Jangan biasakan budaya barat tolonglah,” kata Nrmeenaaa.

“Tekejut saya gambar last tu, rasanya tak perlu kot,” kata Norzihanizhar. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top