AKAUN media sosial kepada Pelumba Basikal Jepun, Shinji Nakano dipenuhi cemuhan dan kecaman selepas aksi akhir sukan Keirin di Olimpik Paris 2024 yang menyaksikan pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom ditolak sebelum sampai ke garisan penamat.
Aksi yang berlangsung pada malam Ahad itu, memberikan sinar harapan apabila atlet negara berusia 28 tahun itu hampir mendapatkan pingat gangsa sebelum dilanggar.
Teruskan MembacaHasil dari pelanggaran itu, beliau terjatuh lalu menamatkan saingan di tempat keempat sebelum disingkirkan (relegated), sekali gus menempatkannya ditangga keenam selepas ulang tayang mendapati Shah Firdaus melakukan kesalahan .
Ramai pihak yang tidak berpuas hati lantas menghentam atlet Jepun itu di laman Instagram miliknya.
Walaubagaimanapun, Shah tampil memohon agar rakyat Malaysia bertindak lebih matang dalam menggunakan media sosial dengan menjaga nama baik negara dari pelbagai aspek.
“Suka juga untuk saya menggunakan platform ini untuk kita saling mengingatkan bahawa kami sebagai atlet sangat menjaga nama baik negara Malaysia yang kita cintai ini daripada pelbagai aspek.
“Oleh itu, saya berharap warga Malaysia yang menyokong dan menonton acara-acara sukan, apatah lagi di pentas sebesar ini untuk turut menjaga nama baik negara. Apa jua yang berlaku di lapangan dan gelanggang, jangan sesekali diheret sebagai isu peribadi dan emosi.
“Negara kita negara yang penuh budi bahasa, semoga terzahir dalam konteks sukan juga,” katanya menerusi ciapan di laman media sosial Instagram miliknya hari ini.
Baca juga: