Terkini

Sematkan memori indah bersama tersayang, berikut 5 studio gambar raya menarik di Kuala Lumpur boleh jadi pilihan

DI hari-hari akhir Bulan Ramadan, ramai yang sudah keluar membeli-belah untuk membuat persediaan di pagi raya. Memang sesak jalan raya, dan lokasi pusat membeli belah pun kian padat.

Sudah pastinya ramai yang ingin kelihatan segak dan cantik di pagi hari raya untuk merakamkan detik indah bersama orang tersayang. Berikut KL VIRAL senaraikan 5 studio gambar raya menarik di Kuala Lumpur:

1. MSSA STUDIO

Kelebihan yang disediakan adalah menangkap keindahan, emosi, dan cerita-cerita yang terungkap dalam setiap bingkai. Contohnya, gambar keluarga, pasangan berkahwin mahupun yang bergraduasi.

Alamat: BO-09 Blok B Glenview business centre jalan 49 taman pinggiran cheras off jalan kuari Township, Cheras, 56100 Kuala Lumpur.
Masa beroperasi: 10 pagi hingga 6 petang (setiap hari kecuali Ahad tutup), perubahan masa akan berlaku sewaktu Hari Raya Aidilfitri.

2. RUANG PUTEH

RUANG PUTEH studi bergambar sesuai untuk keluarga dan pasangan yang sudah berkahwin atau bersama rakan-rakan yang cukup minimalis dengan tema warna terang membawa keceriaan kepada sesiapa yang inginkan gambar raya cantik.

Bertempat di sekitar Cheras, Kuala Lumpur sememangnya tempat yang strategik untuk individu yang beraya di Kuala Lumpur.

Alamat: 136-2, Damai Circles 42685, Jln Damai Raya 2, Alam Damai, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

3. SUAFOTO STUDIO

Suafoto Studio lengkap dengan alat studio profesional seperti backdrop, pencahayaan yang bagus dan kamera dengan menggunakan alat kawalan jauh oleh pengunjung sendiri.

Gambar yang diambil akan dicetak dalam saiz 4R, tetapi pengunjung juga boleh memilih untuk dapatkan softcopy yang beresolusi tinggi jika berminat.

Matlamat Suafoto Studio adalah untuk menyediakan satu platform untuk semua orang menikmati perkhidmatan foto menggunakan alat profesional pada harga yang mampu milik, dan suasana tanpa tekanan dari orang lain

Alamat: 27-1, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa beroperasi: 11 pagi – 7 malam, kecuali Selasa tutup

4. WOOD AND STEEL GALLERY

Lokasi yang sungguh unik dengan gabungan restoran dan tempat mengambil gambar kenangan bersama orang tersayang di Wood and Steel Gallery selain hiasan dalamannya adalah unik kerana tiada rancangan yang spesifik untuk setiap rekaan.

Kedai yang luas tersebut juga sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul. Bukan sahaja untuk makan dan minum, namun kerana dekorasinya yang cantik dan unik, menjadikan lokasi itu sesuai untuk bergambar seisi keluarga.

Alamat: Seksyen U17, Lot 1686, Jalan Gajah 10, Kampung Kubu Gajah, 40160 Shah Alam, Selangor
Masa beroperasi: 5 petang – 10 malam setiap hari

5. ATTIC STUDIO

Sesuai bagi mereka yang ingin mengambil gambar berpasangan, keluarga, mahupun secara solo. Studio ini memang digubah khas untuk pencipta kandungan digital, mungkin lokasi tersebut memang terbaik untuk anda mengambil gambar raya atau mengadakan majlis kecil-kecilan dan muat naik ke media sosial anda.

Ia direka dan dilengkapi dengan ruang tamu dan ruang makan seperti dirumah dengan menggunakan perabot yang berunsur dan tekstur seperti rotan, kayu nyatoh, jubin terrazzo yang lama dan tumbuhan yang banyak di ruang studio.

Maka, ia sangat sesuai untuk mengambil gambar raya disini, anda hanya perlu bawa diri, keluarga dan juru foto sendiri.

Alamat: No. 130-B, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa beroperasi: 9 pagi – 10 malam, kecuali Sabtu dan Ahad dibuka hingga 6 petang sahaja

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top