Minggu ini, nama pempengaruh TikTok Abang Tesla hangat diperkatakan. Namanya hangat diperkatakan gara-gara video yang dimuat naik di platform berkenaan mengumumkan dirinya bernikah kali kedua.
Bagi yang tidak mengenali Abang Tesla, Abang Tesla adalah salah seorang pempengaruh media sosial yang aktif di laman sosial facebook, instagram dan tik tok. Beliau menggunakan medium digital berkenaan untuk meraih pengikut dan dalam masa sama meningkatkan hebahan serta rangkaian perniagaan. Beliau sangat aktif dalam dunia tik tok dan kini trending sebagai pempengaruh media sosial berkenaan.
Teruskan MembacaDalam video yang dimuat naik menunjukkan, tiga jam sebelum akad nikah, Abang Tesla solat Subuh bersama-sama isteri pertama. Dalam video kelihatan isterinya sebak sambil dipujuk Abang Tesla.
“Mungkin ramai yang berkahwin tanpa pengetahuan isteri, tapi saya tidak. Saya tidak akan membelakangi isteri saya. Tipulah kalau dia tidak sedih, tapi saya ambil masa untuk pujuk hati dia mengenai hasrat saya itu. Isteri yang baik adalah isteri yang taat kepada suami dan menjaga maruah suami,” katanya lagi.
Abang Tesla berkata, dia terus berjumpa dengan isteri pertamanya sebaik sahaja selesai majlis akad nikah bersama isteri kedua.
Bagaimanapun perkongsian video berkenaan mendapat kecaman banyak pihak terutamanya pengikut wanita yang kecewa dan menganggap Abang Tesla sebagai penunggang agama.
Selain itu, ada beberapa artis yang turut memberi pandangan atas tindakan Abang Tesla.
Menerusi posting Instagram, penyanyi lagu Patah Seribu, Shila Amzah berpendapat, seorang suami yang benar-benar menyayangi isteri sepenuh hati tidak akan tergamak memadukan insan dicintai.
“Kalau awak betul sayang isteri pertama, tak adanya nak kahwin isteri kedua walaupun dapat izin dari yang pertama itu. Eh, baran (marah) tengok TikTok hari ini,” tulisnya.
“Fikir logik saja. Jangan nak buat ‘appreciation post’ panjang berjela nak tunjuk bagaimana awak hargai isteri pertama bila awak buat keputusan untuk menduakan dia,”luahnya.
Selain Shila, pelakon berkaliber, Nabila Huda turut tampil menyatakan tiada wanita yang sanggup berkongsi kasih dengan cinta kedua suami.
“FYI, kami (wanita) we don’t do sharing.. Tak ada dalam kamus hidup kami nak kena berkongsi orang yang kami bersumpah untuk cinta sampai mati dengan wanita lain ya. If you’re mine, you’re only mine. We only need one man and we want to be his only woman.
“Kalau masih lagi ada rasa bernafsu tengok perempuan lain dari pasangan sendiri, better jangan kahwin dulu la… Kalau rasa dah betul-betul bersedia nak jadi seorang suami setia pada your one and only isteri, baru kahwin. As simple as that,” ciapnya di Twitter.
Dalam pada itu, pelakon Anzalna Nasir menerusi hantaran di Insta Stories, menyatakan bahawa hati dan perasaan para isteri seharusnya dijaga, bukannya dengan mengahwini perempuan lain.
“Hidup ini tak perlu mengharapkan lelaki! Berpoligami? Kadang perempuan nampak macam redha tapi dalam hati hanya dia sahaja yang tahu. Kalau sayang isteri cukuplah jaga hati dan perasaan, bukan dengan mengahwini perempuan lain.
Perempuan kalau dah sayang sanggup buat apa sahaja untuk yang tercinta! Balas la yang sama, hargailah isteri, kerana banyak pengorbanan yang kami dah lakukan.”-tulis Anzalna di Instagram.
Hari ini, dalam satu perkongsian pengikutnya berkongsi pertanyaan kepada Abang Tesla, kenapa perlu kahwin dua jika satu sudah cukup.
Jawapan Abang Tesla.
“Kalau nak bagi aku anak meh sini, jangan pandai sembang,”.
Jawapan berkenaan sekali lagi mencetuskan perdebatan panas dalam kalangan pengguna media sosial apabila ia dilihat seolah-olah menyalahkan isteri pertama kerana tidak mampu memberikan zuriat.