Terkini

‘Berpisah bukan bererti membenci antara satu sama lain’ – Suami isteri berpelukan sebelum bercerai

Tular satu video pasangan suami isteri yang berkongsi momen terakhir meraka sebelum keduanya melangkah ke mahkamah untuk proses perceraian.

Dalam perkongsian video ini, kelihatan mereka saling bersalaman dan berpelukan sambil mengelap air mata. 

Tulis lelaki ini dalam videonya, ‘Berpisah bukan bererti membenci antara satu sama lain, ada jodoh bertemu kembali’,. Video ini telah mendapat lebih daripada dua juta tontonan di aplikasi TikTok.

Ramai yang melahirkan rasa sebak dan hiba melihat pasangan ini terpaksa melalui kehidupan rumah tangga sehingga terpaksa bercerai. Dan tidak kurang yang mendoakan agar urusan kedua pasangan ini dipermudahkan selain berharap agar mereka dijodohkan kembali.

Pelbagai

Scroll to Top