Baru-baru ini tular sebuah restoran yang menghidangkan nasi ayam claypot yang telah menjadi rebutan ramai terutamanya orang Melayu. Ramai yang berbaris untuk merasa makanan ini.
Namun, timbul pula dakwaan yang mengatakan restoran yang menyediakan masakan berasaskan periuk tanah liat ini menggunakan bahan yang tidak halal.
Teruskan MembacaTerbaharu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi kenyataan di Facebook menegaskan restoran tersebut bukanlah pemegang Sitil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.
“Ketika ini ditularkan melalui media sosial berkenaan dengan status halal sebuah premis makanan di Sri Petaling yang menggunakan rice wine dalam masakan yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna Muslim yang mengunjungi premis tersebut.
“Berdasarkan kepada semakan melalui Portal Halal Malaysia, premis tersebut bukan pemegang SPHM yang sah dan pihak Jakim tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis tersebut,” menurut kenyataan itu.
Tambah kenyataan ini lagi, pengguna Muslim dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi.pastikan premis yang dipilih merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah daripada Pihak Berkuasa Berwibawa Pensijilan Halal Malaysia.
Pengguna boleh mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di https://www.halal.gov.my/v4/.