BURGER tepi jalan memang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia, malah ia seakan-akan diangkat menjadi ikon salah satu street food tarikan pelancong luar apabila datang ke Malaysia.
Apabila tiba saja di Malaysia, pasti ramai pelancong luar ingin mencuba burger itu yang menjadi kebanggaan rakyat kita. Jelas sekali, rasa unik dan kesedapannya pasti menarik selera sesiapa saja.
Teruskan MembacaDalam satu rakaman tular di X, terdapat sebuah gerai burger yang diusahakan oleh pekerja asing dipercayai warga Bangladesh.
Namun tanpa disangka, setelah ditinjau oleh anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), perusahaan burger tepi jalan tersebut dijalankan oleh warganegara Malaysia.
Menurut satu kenyataan DBKL, anggotanya terkejut apabila sampai ke lokasi gerai burger di Bukit Bintang tersbeut ditemui adalah warga tempatan pula yang berniaga.
“Apa pun kompaun telah dikeluarkan kerana warganegara kita ni berniaga tanpa lesen, kalau penjaja warga asing memang sah kena angkut gerai tu,” katanya.
DBKL turut menegaskan, pihaknya tidak pernah bertolak ansur dengan penjaja warga asing ni tak kiralah apa pun dakwaan yang diberikan.
Baca juga: