PELAKON terkenal, Hisyam Hamid mengaku sudah bercerai dengan bekas isterinya, Rosmawati Hanafi selepas mendirikan rumah tangga selama hampir 20 tahun pada 23 Mei 2024.
Kenyataan itu dimaklumkan oleh Hisyam atau nama sebenarnya Hazmi Hisyam Abdull Hamid, yang ingin mendedahkan perkara sebenar setelah isu hubungannya dan isteri hangat diperkatakan di media sosial.
Teruskan Membaca“Buat masa sekarang, kami lebih selesa sebagai kawan baik sahaja dan kami pun tidak lagi bergaduh, kami telah melepaskan apa sahaja yang berlaku pada masa lalu dan kami meneruskan kehidupan kami.
“Dia ibu kepada anak-anak saya. Itu pengorbanan terbesar. Saya hormati dan hargai dia untuk itu. Saya tidak mahu ‘titik hitam’ yang berlaku kepada kami memusnahkan semua perkara ini. Kami sama-sama meminta maaf dan meneruskan kehidupan kami.
“Anak saya baru melanjutkan pelajaran dan menerima biasiswa. Jadi kami fokus kepada perkara yang lebih positif dan penting seperti itu,” jelas Hisyam ketika ditemui di sidang Media Cinta untuk sekali lagi.
Selain itu, Hisyam turut menyatakan hak jagaan diberikan kepadanya dan misi utamanya adalah mahu fokus kepada anak-anak mereka yang sedang membesar.
Sekadar info, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati pada 2006.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.
Baca juga :