PEMPENGARUH media sosial Yasmine Ow sah sudah memfailkan penceraian bersama pelakon Indonesia, Muhammad Aditya Warman atau lebih dikenali sebagai Aditya Zoni pada 22 Mei 2024 di Pengadilan Agama Cibinong, Jawa Barat, Indonesia.
Yasmine yang berusia 23 tahun itu menyatakan keputusan itu bukanlah sesuatu yang mudah buatnya, tambahan pula mereka mempunyai satu cahaya mata bersama.
Teruskan Membaca“Terdapat pelbagai sebab penceraian ini berlaku tetapi saya meminta maaf saya tidak akan memberikan sebarang jawapan berkenaan itu.
“Saya tidak mahu memburukkan Adit dan ketika ini hubungan saya dan Adit dalam keadaan baik-baik sahaja dan saya masih berkomunikasi bersamanya.
“Dan dalam urusan pengurusan anak, kami dalam keadaan baik dan saya juga tidak menghalang aditya sekiranya beliau ingin bertemu anaknya,” ujar Yasmine.
Sekadar info, Yasmine dan Aditya berkahwin pada 28 Disember 2021, dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia 2 tahun, Zayn Serdar Enver Warman.
Baca juga: