PERBUATAN terkutuk bekas ahli kumpulan K-pop, Big Bang, Seungri didedahkan BBC melalui satu dokumentari bertajuk ‘ Burning Sun : Exposing the secret kpop chat groups’ pada 19 Mei lalu, mengejutkan ramai pihak.
Dokumentari yang berdurasi 1 jam 6 saat itu menceritakan siasatan yang dilakukan seorang wartawan wanita yang ingin membongkar secara terperinci kegiatan keji artis dan pempengaruh yang terlibat dengan mendedahkan gambar-gambar eksklusif dan rakaman mesej mereka.
Teruskan MembacaDokumentari itu mendedahkan ruang sembang yang melibatkan bekas bintang k-pop Seungri dan rakan-rakannya itu berkongsi gambar dan video perempuan yang diperoleh secara haram. Keratan mesej perbualan mereka mendedahkan bagaimana jenayah tersebut boleh berlaku.
Satu klip di dalam dokumentari itu turut menunjukkan satu adegan dimana perwatakan Seungri bertentangan dengan apa yang dipaparkan di kaca televisyen di mana beliau dilihat menarik kuat lengan seorang wanita dan mengangkat tangannya seolah-olah mahu memukul wanita tersebut.
Rata-rata peminat tempatan meluahkan rasa kecewa mereka terhadap bekas ahli Big Bang itu manakala, ada yang masih membelanya dan beranggapan bahawa itu semua ada lah palsu dan keratan mesej yang diedarkan itu telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Kalau kita tengok Seungri dari rancangan yang dia sertai, kita takkan terlintas di fikiran perangai Seungri sebegini rupa. Klip ini telah merosakkan imej-imej kumpulan k-pop. Lepas kes ini, saya tak akan sokong and minat mana-mana idola lelaki k-pop lagi,” ujar desiaeri. — KL Viral
Baca juga: