PELAKON Fatin Afeefa mengambil keputusan meninggalkan industri hiburan bagi memenuhi permintaan suaminya, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai ‘Opai’.
Beliau turut menyatakan keputusan itu tidak memberikan masalah buat dirinya namun ia sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada Fatin untuk lebih fokus kepada keluarganya.
Teruskan Membaca“Saya menghormati permintaan suami saya. Sebelum membuat keputusan ini, suami saya ada bertanya kepada saya, adakah saya mampu untuk meninggalkan dunia seni, lalu saya menjawab saya yakin yang saya boleh dan buat masa sekarang saya tidak akan berlakon mahupun menyanyi lagi.
“Namun, saya ada meminta sedikit kelonggaran untuk mengikuti beberapa kempen kerana saya sudah terbiasa bekerja. Saya juga meminta untuk keluar hanya sekali sebulan dan Opai bersetuju dengan permintaan saya,” ujarnya.
Jelas fatin, selain orang tidak mengambil tahu mengenai hidupnya dan tidak berdepan sebarang tekanan ketika ini, beliau turut dapat mengubah dirinya menjadi seorang muslim yang lebih baik apabila sering meluangkan masa di rumah bersama keluarga.
Terdahulu, Fatin terlibat dalam majlis pelancaran dan pelantikan selaku duta produk kecantikan dari Korea Selatan, L.SOULLE di sebuah pusat beli-belah, semalam.
Sekadar info, Pelakon ‘tentang bulan itu’ , mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya, Selangor.
Baca juga :