steri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim mengesahkan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa.
Memetik laporan mStar, Dr Jezamine mengesahkan sudah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya sekitar bulan Jun lalu bagaimanapun dia belum bersedia mengulas lanjut isu rumah tangganya itu.
Teruskan Membaca“Betul saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan itu dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu.
“Saya belum ada sebarang komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan,” katanya.
Dalam pada itu, Harith ketika dihubungi juga memilih untuk tidak memberi sebarang maklum balas mengenai permohonan cerai berkenaan.
Terdahulu, Dr Jezamine mencuri perhatian apabila bergambar di hadapan dewan mahkamah lengkap berjubah dan bertudung ditemani peguam syarie, Datuk Akberdien Abdul Kadir.
Akberdien sebelum ini pernah mewakili beberapa artis popular dalam kes perceraian mereka.
Untuk rekod, Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
Baca juga: