PELUANG yang ditawarkan kepada pelakon yang sedang meningkat naik, Nadhir Nasar nyata tidak dilepaskan apabila dia diberi kepercayaan untuk terlibat dalam filem epik, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.
Pelakon berumur 28 tahun itu atau lebih mesra dipanggil Nadhir, mencabar dirinya untuk menerima watak Tahir dalam naskah berunsurkan sejarah Melayu tersebut.
Teruskan MembacaNadhir atau nama lengkapnya, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, berkata, dia tidak pernah mendapat watak yang perlu memaparkan aksi mempertahankan diri mahupun pengetahuan tentang senjata tradisional ketika peperangan pada zaman dahulu.
“Dari segi persiapan memang banyak yang perlu saya belajar tetapi dengan bantuan dan perbincangan daripada barisan pelakon lain membuatkan saya lebih yakin untuk lakonkan watak Tahir ini.
“Sejujurnya kekuatan saya ialah Fattah Amin dalam menjayakan naskah ini, kerana dia banyak membantu saya di set pengambaran. Begitu juga dengan Fazura walaupun tidak banyak adegan bersama,” katanya kepada KL VIRAL.
selain bercerita soal teknik lakonan, Nadhir juga mengakui bahawa dirinya bukanlah seorang yang mahir dalam selok-belok seni silat. Apatah lagi dengan menggunakan senjata Malayu klasik seperti keris dan sumpit.
Jelasnya, perkara itu menjadi satu cabaran buat dia menterjemahkan watak dengan lebih baik agar kelihatan menyakitkan penonton.
Bagaimanapun, malah tidak berbau apabila dia mengalamai kecederaan ketika melakukan pergerakan drastik seperti melompat ketika menjayakan babak pergaduhan.
“Waktu itu saya perlu melakukan satu lompatan sambil menyerang menggunakan sumpit. Ketika itu saya tercedera sedikit, tetapi alhamdulillah tidak terlalu serius,” katanya lagi sambil tersenyum manis.
Biarpun tercedera, Nadhir tidak menjadikan itu sebagai noktah dalam kerjaya. Sebaliknya dia menganggap itu sebagai asam garam dalam bidang lakonan sekali gus tidak mematahkan semangatnya untuk memberikan yang terbaik kepada penonton.
Bahkan Nadhir turut berasa bangga apabila berpeluang terlibat dalam filem yang mengetengahkan elemen patriotik dan semangat cintakan negara, bangsa dan agama sekali gus ‘memercikkan’ aura itu kepada generasi muda masa kini.
Paling penting, jangan lupa saksikan filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang bakal ditayangkan pada 11 Januari depan. — KL VIRAL
Baca juga: