GAUN hitam yang digayakan Amelia Henderson pada sebuah anugerah fesyen di ibu kota baru-baru ini menarik perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan warganet.
Gaun rekaan pereka fesyen terkenal tempatan itu memperlihatkan bahagian perut dan dada, serta terdapat belahan di bahagian kaki, menjadikan penampilannya salah satu yang paling dibincangkan di media sosial.
Teruskan MembacaRamai warganet meluahkan rasa kurang senang dengan pakaian tersebut, menganggap ia terlalu mencolok mata dan tidak sesuai dengan budaya tempatan.
Netizen turut membandingkan situasi ini dengan artis antarabangsa yang diwajibkan mengikuti kod pakaian sopan ketika mengadakan konsert di Malaysia.
“Artis luar nak buat konsert ada dress code, tapi artis kita sendiri…,” komen Meeyamera.
Di media sosial, ramai yang berpendapat Amelia sudah cukup menawan dan tidak memerlukan penampilan seksi untuk menyerlah.
“Tak perlu pakaian macam ini, dia memang dah cantik secara semula jadi,” kata JGhawan.
Sementara itu, ada yang menasihati agar jangan menormalisasikan pakaian sebegini kerana Amelia adalah figura umum yang menjadi contoh kepada masyarakat.
Dalam masa yang sama, ada juga yang menyuarakan agar masyarakat lebih terbuka terhadap pilihan fesyen selebriti dan menghormati hak peribadi.
Namun begitu, reaksi majoriti masih melihat gaya tersebut sebagai kurang sesuai, lebih-lebih lagi di acara yang berlangsung dalam negara berbudaya ketimuran. — KL Viral
Baca juga: