SETIAP naskhah yang dihasilkan mempunyai makna tersendiri dalam dunia perfileman. Ketika idustri perfileman gah dengan hasil kutipan box office pada tahun lalu dengan filem Polis Evo 3 dan Malbatt:Misi Bakara, terdapat empat filem tempatan yang mencatatkan rekod kutipan terendah sepanjang tempoh tayangan.
Berikut KL VIRAL menyenaraikan empat filem tempatan yang mencatat rekod kutipan terendah sepanjang 2023:
Teruskan Membaca1. VIK2RIA SECRET
Filem tercorot dengan hasil kutipan hanya dengan jumlah RM5,058.90 sahaja berbanding dana kerajaan yang diberikan oleh Dana Filem Cakera bernilai antara RM500,000 hingga RM800,000 dan Dana Pemasaran antara RM60,000 hingga RM90,000.
Walaupun naskhah yang mendapat sentuhan bintang lagenda, AR Badul sebagai pengarah, hanya dianggap sebagai membazir dan tidak mendapat sambutan.
2. KAAVAL: THE MOVIE
Terbitan daripada One Merge Sdn Bhd hanya mengaut untung sebanyak RM5,645.10 biarpun filem tersebut memaparkan kesungguhan sekumpulan inspektor dalam menumpaskan jenayah yang semakin meningkat di bandar, ianya tidak menjamin naskhah tersebut dapat meraih kutipan pecah panggung.
3. SAZALI MEOR COCO
Tuah nampaknya tidak berpihak kepada pelakon, Zizan Nin apabila filem pertama arahannya berjudul Sazali Meor Coco yang ditayangkan di pawagam, November tahun lalu, hanya mengutip RM6,990.35.
4. KAU PILIH SIAPA
Filem komedi arahan Dato Athy dan Saifullah Khaisas menjadi antara filem tempatan dengan kutipan terendah tahun ini, dengan mengutip RM7,158 sahaja.
Tamabahan pula, boleh dikatakan kutipan ini agak mengecewakan memandangkan ada yang menerima dana kerajaan bernilai antara RM500,000 hingga RM800,000 bersama dengan dana pemasaran antara RM60,000 hingga RM90,000.
Secara keseluruhannya, kutipan bagi tahun 2023 dilihat agak berkurangan berbanding tahun 2022. Kutipan keseluruhan untuk filem tempatan pada 2023 berjumlah RM108,573,052.33 jika dibandingkan pada 2022, kutipan menyeluruh mencatatkan angka RM196,413,021.90. — KL VIRAL
Baca juga: