JENAZAH Allahyarham Nabil Zafril Zamanhuri, 37, atau lebih dikenali sebagai Nabil Mentor, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang pada pukul 6.20 petang, Ahad.
Menurut ibu allahyarham, Fatimah, Nabil disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung hasil dari bedah siasat yang dilakukan.
Teruskan Membaca“Hasil bedah siasat menunjukkan kemungkinan nabil terlalu sibuk bekerja , menghadapi tekanan dan tidak menjaga cara pemakanannya yang baik sekaligus memberi kesan kepada gaya hidupnya.
“Beberapa hari lepas beliau ada menyatakan mengalami tidak sedap perut dan sukar bernafas, dan berniat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan namun tidak sempat.
“Saya sudah redha tapi agak terkesan kerana beliau merupakan seorang anak yang taat dan kalau nak minta tolong, laju sahaja terus sampai di hadapan rumah. Dia selalu menasihati saya untuk lebih bersabar,” katanya.
Lebih 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan artis dan kenalan rapat yang hadir memberikan penghormatan terakhir termasuk Datuk Nora Ariffin, pelakon pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad dan personaliti media sosial, Ubai MZ.
Terdahulu, Arwah dikhabarkan meninggal dunia di kediamannya di Bukit Indah, Ampang, pada pagi Ahad dipercayai akibat serangan jantung sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.
Nabil pernah mencipta nama menerusi satu program pencarian bakat, Mentor musim pertama yang bersiaran di TV3 pada 2005 dan merangkul naib juara program tersebut.
Allahyarham juga dikenali dengan satu album hasilnya sendiri yang berjudul Dari Jauh pada 2006 dan nyanyian single seperti Hati Ini, Hey Emma, Dari Jauh, Beku, Selangkah (OST Aladdin) dan Kenangan Lama (OST drama Ijab Kabut).
Baca juga :