BARU-baru ini tular di media sosial berkenaan satu video yang memaparkan seorang bayi dalam keadaan ‘bertiub’ menaiki motor yang ditunggang seorang lelaki dipercayai bersama isterinya pada 21 Mei lalu.
Video itu meraih perhatian ramai pihak yang turut membantu menyalurkan wang sumbangan serta sebuah kereta bagi membantu keluarga tersebut.
Teruskan MembacaNamun siapa sangka, rupanya ada udang disebalik batu apabila kisah sebenar pasangan tersebut mengejutkan ramai pihak. Pasangan terbabit difahamkan bukan suami isteri tetapi mereka tinggal bersama dan dikhabarkan wanita itu sudah mempunyai suami yang ketika ini berada di dalam penjara.
Menurut Aduan Rakyat, wanita terbabit pernah dibantu untuk pulang ke pangkuan ibu kandungnya namun tetap kembali semula ke rumah lelaki terbabit.
Sehingga hari ini, mereka menerima lingkungan RM20,000 ke RM200,000 dan dipercayai wang sumbangan tersebut digunakan untuk membeli barang kemas.
Rata-rata netizen mengutuk individu yang menularkan video tersebut dan mengeji perbuatan pihak terbabit yang tidak melakukan usul periksa terlebih dahulu sebelum melakukan sumbangan.
‘Kalau betul penagih, polis kena serbu rumah dia buat urine test. Kalau positive, ambik anak dia letak bawah kebajikan. Penagih ni lambat kau jadi lain,” ujar @MALAYSIAMOSTVIRALL di laman x.
“Taknak campur masalah or dosa peribadi diorang, tapi bantuan tu untuk anak dia. Tengok lah susah macam mana hantar pergi dapat rawatan. Berpanas naik motor. Pastu tiber sebar aib kat satu malaysia padahal diorang tak kacau kita ?? Point nya kebajikan budak tu,” ujar @fern1na9.
Baca juga :